Stevia - Pemanis yang Selamat atau Merbahaya?

Stevia - Pemanis yang Selamat atau Merbahaya?


Saya kerapkali diajukan dengan soalan adakah Stevia selamat digunakan terutama sekali orang yang menghidapi penyakit kencing manis atau Diabetes.
In Shaa Allah saya akan cuba memberi penjelasan tentang isu ini.


Apa itu Stevia?

Stevia dikenali ramai sebagai satu bahan yang digunakan untuk memberi manis kepada makanan namun pada masa yang sama tidak membebankan badan dengan tekanan gula yang tinggi. Tapi betul ke kaedah ini?

Stevia tergolong dalam kategori pemanis yang bukan gula. Kebanyakannya diguna di dalam industri makanan dan minuman.

Stevia berasal daripada tumbuhan family Asteraceae terutamanya Stevia Rebaudiana dan bahan aktifnya adalah Steviol Glycosides. Bahan inilah yang memberikan rasa manis.

Asal usul Stevia ini bermula sejak 1500 tahun yang lalu lagi, yang mana digunakan oleh orang South America yang memberinya gelaran Sweet Herb. Di Brazil dan Paraguay juga digunakan secara tradisional dan teh dan ramuan herba. Di Jepun pada tahun 2006, hampir 40% bahan pemanis menggunakan Stevia.


Ciri-ciri Stevia :

1. Lebih manis hampir 100-300 kali ganda berbanding gula biasa di dapur
2. Rasa manis lambat daripada gula biasa namun kekal lebih lama
3. Tahan Panas (apabila dimasak)
4. Ph yang Stabil (apabila dalam perut)
5. Tidak terlibat dengan proses penapaian


Kenapa Stevia boleh digunakan oleh orang yang menghidap diabetes?


Lidah kita mempunyai deria rasa yang boleh mengesan rasa manis. Rasa manis ini datangnya dari Glukosa.
Steviol Glycosides ini apabila dicernakan dalam badan kita akan menghasilkan Steviol dan Glukosa. Disebabkan oleh kemampuan Stevia untuk memberikan rasa manis yang hampir 100-300 kali ganda dari gula biasa, sedikit saja sudah cukup untuk memberikan rasa manis yang memuaskan.
Jadi, amaun Glukosa yang digunakan juga adalah sedikit sekaligus menurunkan Kalori dan Gula dalam darah.
Dan lebih baik lagi, Stevia tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan akan terus dikumuhkan (dibuang) dari badan!


Adakah penggunaan Stevia Selamat ?

Jawapannya adalah YA.

Produk yang berasaskan stevia (dalam bentuk ekstrak tulen atau highly purified) telah disahkan selamat dan diluluskan untuk kegunaan manusia sejak 1996.

Stevia adalah selamat dan baik digunakan dalam diet harian bagi mengganti penggunaan gula yang keterlaluan.

Namun, haruslah mencari Stevia yang dalam bentuk tulen atau highly purified. 


Sekiranya produk Stevia tersebut mempunyai apa-apa campuran yang lain, dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang campuran itu. Takut nanti, usaha kita nak kurangkan Gula, rupanya Campuran tambahan itu menambah semula Glukosa dalam makanan kita!


OK? OK JER! :)





Comments