Penjelasan Isu Paracetamol pembawa Virus Machupo.
AMARAN URGENT!
Berhati-hati untuk tidak mengambil paracetamol yang datang ditulis P / 500. Ia adalah paracetamol baru, sangat putih dan berkilat, doktor membuktikn mengandungi "Machupo" virus, dianggap sebagai salah satu virus yang paling berbahaya di dunia. Dan dengan kadar kematian yang tinggi. Sila berkongsi mesej ini, untuk semua orang dan keluarga. Dan menyelamatkan nyawa dari mereka ..... Saya telah melakukan bahagian saya, kini giliran anda ... ingat bahawa Tuhan membantu mereka yang menolong."
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang berita yang mengejutkan Tablet Paracetamol mengandungi virus Machupo!
Di mana kebenarannya aduan ini?
Ubat Paracetamol biasa kita gunakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa sebagai ubat demam dan tahan sakit.Ubat ini adalah antara ubat yang paling popular di kalangan masyarakat kita kerana keberkesanan dan keselamatannya.
Tapi, bila kita tiba-tiba ja dengar berita begini, memang terkejut besar la!
Namun, sebenarnya Aduan ini adalah PALSU!!
Penjelasan mengenai Aduan Palsu ini.
1. Produk yang didakwa mengandungi Virus Machupo tersebut sebenarnya adalah Produk Berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency(NPRA) bernombor pendaftaran MAL19911249XZ dengan nama AEKNIL.
Sebarang produk yang berdaftar boleh disemak keberkesanan dan keselamatannya di laman web http://npra.moh.gov.my/
2. Warna ubat tersebut juga telah dipalsukan. Warna ubat tersebut sebenarnya adalah BIRU dan bukan putih berkilat dengan tulisan P/500.
Pihak berkuasa telah menghubungi syarikat pembekal produk tersebut JKS ADMIRAL RESOURCES dan aduan seterusnya akan dipanjangkan kepada pihak polis.
Apa pengajarannya dari Episod Viral yang tidak berkesudahan ini?
1. Jika ada lagi dakwaan-dakwaan begini, segeralah berhubung dengan pihak yang berkaitan. Antara yang sesuai dijadikan rujukan adalah terus dari web Kementerian Kesihatan Malaysia di sini :http://www.moh.gov.my/,
Boleh juga lawat laman ketua pengarah kesihatan di sini :https://kpkesihatan.com/
2. Nilai terlebih dahulu sebarang dakwaan. Kita sendiri boleh tahu palsunya sesuatu maklumat berdasarkan info yang diberikan, contohnya mana mungkin virus boleh hidup di atas tablet. Virus memerlukan persekitaran yang sangat sensitif untuk hidup.
3. Pilihlah ubatan yang kita kenal dengan jenamanya. Kalau jenama yang terkenal seperti Pfizer, CCM atau Pharmaniaga, In Shaa Allah tiada masalah.
Moga kita diberi hikmah dan sentiasa Alert dengan isu-isu kesihatan dan keselamatan ubatan kita.
Surat Laporan Polis
Ini respon dan salinan laporan polis yang telah dibuat. Berani kerana benar kan?
"Good day everyone!!!
There is a fabricated news spreading in whatsapp Application in intention to tarnish my company and our product reputation. We would like to highlight to you about our product authentication and the history of our company for your kind reference which we mentioned hereunder:
1. The product is already established in our marketplace for the past 45 years which is endorsed by Malaysian Ministry of Health.
2. Our tablets are blue in colour with a foil packing.
3. We embossed the product name AEKNIL on the tablet OR plain blue colour tablets. Not p/500.
Hence, the news about our paracetamol is harmful in nature is completely scam and atrocious. Police report has been made which we enclosed herewith with our authentic product picture for your kind perusal.
Police are investigating this case and legal action will be taken to those who are behind this false allegation in the intention to ruin my company and product credibility and reputation.
We will really appreacite if u could kindly viral this message to those who received this scam message.
Thanking you in advance.
Ms. Hasheena Jamal
JKS Admiral Resources
Sole Proprietor"
Comments
Post a Comment