Senaman yang mampu menyentap segala Lemak anda!
OK yakin semua orang nakkan tubuh badan yang kurus, sihat, kalau boleh nak otot lengan dan kaki yang ketul-ketul untuk nampak lebih segak bergaya kan.
Tapi, adakah kita bersenam secukupnya?
Dan, kalau bersenam pon, Betul ke teknik senaman tu dan apa senaman terbaik nak cepat bakor kalori-kalori yang melekat di tubuh kita?
Hari ini OK nak share Trending terbaru bersenam dan senaman apa yang boleh kurangkan kalori dengan terbaik.
Kebiasaannya kita yang bekerja waktu pejabat memang susah nak cari masa untuk bersenam. Nak dapat 30 minit untuk 3 kali seminggu pon jenuh atur jadual.
Berita baik! Satu artikel dalam web womenhealthmag beritahu, cara paling ideal untuk bersenam adalah bersenam dengan kerap untuk tempoh masa yang singkat. Haa, ne mmg sesuai dengan kebanyakan kita. Bersenam kerap, tapi untuk jangka masa yang lebih singkat.
Jadi, boleh la kita curi-curi masa 15-30 minit selepas balik kerja, atau sebelum nak mandi untuk senaman ringkas. Hendak seribu daya ye!
Jadi, seterusnya, senaman apa yang kita nak buat?
Harap Infografik dari laman web FIX ini boleh membantu
Kalori anda di sini - Kasi Bakor |
1. Senaman Aerobic
- Seronok sebab dapat ikut instruktor- Rasa lebih bersemangat
- Senaman 30 minit - 116 KALORI!
2. Barre
- Meningkatkan Fleksibiliti- Menguatkan Otot-otot
- Senaman 30 minit - 116 KALORI!
3. Senaman Angkat Berat
- Membina otot lengan- Perlukan alatan khas, atau boleh kreatif gunakan alternatif
- Senaman 30 minit - 209 KALORI!
4. Pilate
- Membina kekuatan dan Fleksibiliti Otot- Tak memerlukan ruangan yang besar
- Senaman 30 minit - 96 KALORI!
5. Senaman berpusing
- Contohnya mengayuh basikal- Perlukan peralatan khas
- Senaman 30 minit - 270 KALORI!
6. Senaman Kekuatan Otot
- Anda lebih tertumpu untuk membina spesifik otot- Ruangan tak perlu besar, boleh dibuat dengan santai
- Senaman 30 minit - 116 KALORI!
Haa, dah habis baca tu, OK harap boleh dicuba di rumah. Senaman ini penting bukan saja untuk tubuh badan yang sihat tapi juga untuk minda yang cerdas. Lain kali OK cerita pula bagaimana Senaman yang konsisten boleh memberi kesan kepada Fokus Fikiran kita.
Till then, In Shaa Allah jumpa lagi!
Selamat mencuba!
OK jer!
Comments
Post a Comment