Kajian Profesor dari Kyorin University, Yoshihiko Koga: Makan Aiskrim sebagai Sarapan boleh tingkatkan Fokus & Aktiviti Otak!
Teringat Aiskrim ja, terus air liur meleleh.
Terfikir Aiskrim saja pon dah cukup buat hati tenang, minda ceria.
Magiknya Aiskrim ni memang tak boleh dikata apa lagi.
Sampaikan kalau putus cinta pon, ubatnya Aiskrim!
Kajian Aiskrim
Kajian terbaru oleh seorang Profesor dari Kyorin University, Yoshihiko Koga yang dipaparkan dalam laman Web Jepun Excite News membuat perbandingan aktiviti otak peserta yang diberi makan Aiskrim sejurus selepas bangun dari tidur dengan peserta yang tidak.
Lebih Bijaksana
Mengejutkan, peserta yang makan Aiskrim sejurus selepas bangun menunjukkan Respon Otak yang lebih pantas dan mampu memproses Informasi LEBIH BAIK dari peserta yang tidak makan Aiskrim!Alpha Waves, Aktiviti Otak
Tambahan lagi, Peserta yang makan Aiskrim sebagai sarapan mencatatkan Frekuensi bacaan Alpha Waves yang lebih tinggi!Alpha Waves yang tinggi ini terbukti memberi Peningkatan Fokus Minda dan mampu mengurangkan Stress Minda.
Lebih Signifikan
Saintis Koga juga menguji peserta dengan Air Sejuk berbanding Aiskrim, dan hasilnya menunjukkan kedua-duanya memberi peningkatan Aktiviti otak, namun peserta yang memakan Aiskrim mencatatkan Peningkatan Aktiviti Otak yang lebih Signifikan!Wah OK! Ini memang berita paling Gempaq la untuk kaki Aiskrim seantero Malaysia ni!
Kajian yang lebih perlu lagi untuk nak tahu apa spesifik bahan yang ada dalam Aiskrim yang mampu bukan saja bagi kita Ceria, tapi menambah Bijaksana!
Comments
Post a Comment