Bulatan Amanjaya tarikan baharu

Air Pancuran Berirama & Kolam mandi mencuri perhatian Netizen Viral!


Orang Ipoh mesti teruja dengan pembangunan rekreasi terkini di Bulatan 18, Bulatan Meru Raya atau Bulatan Casuarina. Lengkap dengan air pancuran berirama dengan pancaran cahaya berwarna-warni!


 Pengurus Pengurusan Operasi Perniagaan PKNP, Zainal Fitri Amir berkata, selain mempunyai air pancuran dan tirai air, bulatan seluas 7.3 hektar dan merupakan yang terbesar di negeri ini itu turut memiliki Wading Pool untuk kanak-kanak mandi manda sedalam 0.6 meter.

Tambahan lagi laluan berjoging, boulevard, kawasan santai, kerusi untuk ber­istirehat serta beberapa kemudahan untuk bersenam pon ada!

“Sambil mengawasi anak-anak bermain pancuran air atau berendam di kolam, ibu bapa boleh berehat di kawasan tempat duduk yang disediakan di sekeliling kawasan tersebut atau boleh duduk di kawasan berumput yang di sediakan.

Kata Zainal Fitri, pancuran air berirama dan tirai air dengan lampu berwarna warni mulai di pasang dari pukul 8 hingga 11 malam setiap hari.Tambahnya sebelum itu, pancuran air turut dipasang pukul 5 petang hingga 7 malam, namun tanpa lampu warna warni.

Selain itu, kata beliau, kepada yang berhasrat untuk membawa anak kecil ke Bulatan Amanjaya juga tidak perlu bimbang kerana terdapat taman permainan kanak-kanak berskala besar yang pasti menggembirakan mereka.

“Kawasan ini dibuka 24 jam dan secara percuma. Namun kemudahan tandas sehingga pukul 10.30 malam pada hari bekerja manakala sehingga pukul 12 te­ngah malam untuk hujung minggu.

“Pengunjung juga tidak perlu risau dari segi keselamatan kerana kawasan ini dilengkapi 22 unit kamera litar tertutup (CCTV) selain pengawal keselamatan yang bertugas siang dan malam,”katanya.

Yang terbaiknya kedudukan strategik yang terletak bersebelahan sebuah pusat beli-belah terkenal menjadikannya kawasan yang ingin dikunjungi oleh sesiapa sahaja.

“Selain kawasannya yang amat strategik, pelbagai tarikan seperti kolam mandi dan pancuran air sangat mengujakan anak-anak."

Saya boleh bayangkan:
- Bawa anak-anak beli belah di pasaraya
- Makan di gerai-gerai yang banyak di sekitar
- Bawa anak-anak mandi di Kolam!


Wow! Perfect Day!

Comments