Berpuasa : Jadikan Anda lebih Bijak!

Berpuasa : Jadikan Anda lebih Bijak!




Bagi umat Islam, kita sentiasa dekat dengan berpuasa. Kita digalakkan berpuasa sunat pada hari-hari tertentu dan berpuasa wajib sebulan dalam bulan Ramadhan bagi yang cukup syaratnya.


Firman Allah s.w.t. :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)


Setiap apa yang disyariatkan dalam Islam oleh Allah s.w.t yang Maha Mengetahui pasti ada kebenaran dan kelebihannya. Satu persatu Sains dan Ilmu pengetahuan kita hari ini membuktikan kebenaran yang terdapat dalam Kalam Allah Al-Quran.

Dengan masa, kita akan akhirnya menemui jawapan hikmah dalam setiap suruhan dan amanat sebagai umat Islam.


Kajian Saintis yang terbaru tentang kelebihan Berpuasa akan mengejutkan Anda!


Otak Refresh!

Saintis dari Buck Institute menerangkan bila seseorang berpuasa, badan akan menjadi cenderung untuk menyeimbangkan nutrisi sekaligus mengurangkan aktiviti synapse di antara neuron dan sel otot.
Ini akan mengurangkan penghasilan neurotransmitter, menggunakan setiap tenaga dengan efisien dan secara langsung membenarkan otak berehat dan recharge semula! Dengan ini, otak akan menjadi lebih segar dan boleh berfungsi dengan lebih baik!
Ingat, otak pon nakkan masa untuk berehat ya.


Sistem Imunisasi yang Lebih Baik

Kajian terbaru Saintis dari University of Southern California menjelaskan Berpuasa mampu melindungi sel-sel imuniti kita.
Semasa berpuasa, sel darah putih yang bertindak sebagai askar melawan penyakit berkurangan, namun, selepas berbuka dari puasa, jumlah sel darah putih tersebut menjadi berganda-ganda lebih banyak dari sebelumnya.


Kualiti hidup yang lebih baik

Kajian yang dilakukan ke atas 220 orang lelaki dan perempuan oleh Saintis dari Pennington Biomedical Research Center, berpuasa memberikan kualiti hidup yang lebih baik.
Berpuasa dengan cara yang betul akan menjurus kepada pengurangan Kalori yang disimpan di dalam badan kita. Kalori yang kurang menjadikan urusan seharian kita lebih lancar kerana kita rasa lebih 'ringan' dan segar dan kurang sakit-sakit sendi.
Selain daripada itu, pengurangan Kalori juga mampu memberi kualiti tidur yang lebih baik dan hubungan intim antara suami dengan isteri yang lebih mesra.

Sememangnya sudah jelas dan nyata kelebihan-kelebihan yang ada kepada orang-orang yang berpuasa.


Bila mana kita sentiasa dalam keadaan ibadat seperti berpuasa, berdoa dan berzikir, kita sebenarnya mengaktifkan aktivti di Frontal Lobe otak yang menjadikan lebih tenang, kurang impulsif dan kemampuan menangani tekanan dengan lebih baik.


Jadi, dengan berpuasa kita sebenarnya mendidik diri menjadi seorang yang lebih matang dan self-control yang lebih baik bagi menghadapi dugaan dan ujian yang mendatang.

Semoga artikel ini mampu memberi sedikit Ilmu dan menjadikan setiap ibadah kita lebih berhikmah. Wallahualam.


OK? OK JER! :)




Comments